Tuesday, November 16, 2004
kasih ufuk rindu 5
Seketika kemudian dia melihat In seolah olah memujuk seseorang.Andrian semakin curiga.
“Okey,nanti mama In balik.Mmmm..,baiklah esok mama balik.”dia duduk menghampiri Andrian.Andrian tersenyum lega.Mama In?Pasangan kembar itukah?
“Siapa?”dia bertanya.Melihat gadis itu tersenyum membuatkan dia tertanya tanya.Namun yang pasti pemanggil itu bukan Zaidi.Dia lega.
“Mak kat kampung.Ikal demam.Kata mak dia jatuh pokok.”In mula menghadap komputer menyambung kembali kerjanya.
“Dah tu,In nak balik esok kah?”dia bertanya.
“Iya,lagipun tadi encik kata yang esok kami semua cuti kan?”dia bertanya ingin mendapatkan kepastian.Takut pula nanti dikatakan memandai mandai.
“Emm.”dia mengangguk.“Kan office hour dah habis,tak payah panggil saya encik.”dia menyambung kembali.Selebihnya dia tidak mahu dengan panggilan itu akan menambahkan jurang antara mereka.
In hanya menganggukkan kepala.Menyambung kembali kerjanya.Jam terus berlari meninggalkan mereka.Waktu begitu mencemburui mereka.Dentingan jam menyentakkan mereka.Dah pukul dua belas tiga puluh pagi.
“Amboi amboi,orang berdua ni.Marilah makan dulu,sibuk kerja ke sibuk lain ni?” Andrizal mengusik In dan Andrian yang duduk agak jauh sedikit dari mereka yang sedang menikmati KFC yang baru dibeli Daud.
“Alah,kalau sibuk lain pun apa salahnya.Tak gitu Encik Rean?”Nisa pula mengusik,sikap bos yang baik anginnya itu hari ni,membuatkan dia berani nak berseloroh.Jelas kelihatan senyuman dibibir bos tu.Kalau tak muncungnya panjang sedepa.
“Bukannya ada siapa nak marah.”sampuk David dengan loghat cinanya itu.Mereka masing masing mencapai daging ayam goreng itu,lahap mengalahkan apa.
“In,mereka usik kita tu.Tak nak cakap apa apa kah?”dia bertanya memandang nakal kearah seraut wajah yang sedang duduk disisi sambil bibir menguntum senyuman manis.
“Tak nak lah.Malas nak layan dia orang tu.Kalau nak awak aje yang cakap.”dia mengelengkan kepala.Alah,dia orang tu suka sangat mengusik dia.Malahan sejak dia datang pertama kali pun si Daud tu berani ajak dia pergi dating!
“In nak ke?Marilah kita join mereka.”dia mengajak.
“Tak naklah,lagi pun kenyang lagi.Awak ajelah pergi.Nak baring sekejap,lelap seketika pun jadi lah.”dia menguap beberapa kali.Menolak ajakan Andrian,mata terasa berat sangat,kalau dapat lelap seminit dua pun jadilah.
Andrian lantas bangun meninggalkan In menuju kearah rakan rakan lain.In pula melelapkan mata seketika kemudian.
“In,nak air kah?”Andrian menyapa gadis yang sedang mengaup itu.Menghulurkan kopi panas yang dibancuh Lisa,setiausaha Andrizal.Tangan turut sama menatang dua ketul ayam goreng,sedikit kentang goreng dan juga sos.
“Boleh juga.”dia menyambut huluran anak muda itu.
“Abang Rizal mana?”dia memanjangkan leher,sejak tadi tidak kelihatan Rizal.Kalau tak kepoh dengan usikannya.
“Dia pergi baring sekejap.Kawan you tu pun dah terlelap dekat meja dia.”Andrian menunjuk kearah Mina yang terlelap dimejanya.Sementara yang lain lain menjamu selera dengan kopi panas dan KFC.
“Makanlah ayam tu.”dia mengarahkan gadis itu bila In hanya mencapai air kopi yang di bawanya.
“Boleh saya tanya In sesuatu.Agak personal..”Andrian agak ragu ragu ingin bertanya. Takut nanti disalah erti.
“Apa halnya tu?”In bertanya kembali.Berkerut dahinya memikirkan persoalan anak muda itu.Personal?Dia nak soal aku apa ni?
“Emm,..”agak ragu ragu dia ingin bersuara.“Dah lama In bercinta dengan Zaidi?”
“Huk..huk..”In tersedak,mengurut dadanya.Cepat cepat dia menghirup kopi didepan mata.
“Kenapa ni?”Andrian rasa bersalah pula.Risau melihat keadaan gadis itu.
“Apa yang awak mengarut ni?”In tertawa.Semakin kuat tawa gadis itu.Menyebabkan Andrian kehairanan.Rakan rakan yang lain turut sama pelik melihat dia ketawa begitu ada yang tersenyum nakal dan ada yang memanjangkan leher ingin tahu yang mencuit hati gadis itu.
“In dengan Zaidi,..”
“Abang Zaidi tu dah macam abang kandung saya.Lagi pun kami dah macam adik beradik.Apa yang buatkan awak fikir sampai macam tu?”dia beranya.Geli hati dengan pertanyaan Andrian itu.Kelakarlah dia ni.
“Tak adalah,saya tengok In mesra dengan dia.Ungkapan sayang Zaidi.”ujar Andrian perlahan.
“Sebab itu aje,atau sebab awak tengok abang Zaidi pengang tangan saya?”dia menyaol, bagai tahu apa yang ada dibenak anak muda didepannya itu.
“Things are very complicated to explain”masih menahan sisa tawanya.Memandang anak muda itu.
“Cuba awak terangkan.Mungkin saya faham.”dia masih kelihatan tenang,walaupun nada suaranya jelas memujuk gadis itu.
“Okey,antara kami rapat.Terlalu rapat.Abang Zaidi dah macam abang kandung saya.Bila arwah ayah meninggal dia tempat saya menumpang kasih.Dia jadi pengganti orang yang paling saya sayang.
Awak bayangkan kami membesar sejak kecil,kesana kemari bersama. Sekarang ni umur saya dua puluh tiga tahun.Selama ni hanya ada abang Zaidi aje dalam hidup saya. Bagi saya semua yang dia tunjukkan adalah sebagai abang pada adiknya. Macam yang dia buat pada Fidah,macam tu juga abang Zaidi layan saya.
Lagipun memang dia tu abang saya.Kami dah jadi adik beradik sejak dulu lagi.Malahan Danny dan Ikal pun sayang kan dia.”dia bersuara memerhatikan anak muda itu seimbas pandang.
“Jadi kamu tak bercinta?”lega mendengar kata kata gadis itu.Bagai beban sebesar KLCC yang menghempap bahunya dialihkan.Hati berbunga harapan yang mekar mewangi.
“Tak mungkin,ungkapan sayang antara kami hanya sekadar sayang sesama saudara, lagipun siapa abang Zaidi tu dan siapa In ni.Jurang antara kami terlalu jauh berbeza. Abang Zaidi tu kan jurutera,anak orang kaya pula tu.
In ni siapa yang nak. Kami tak lebih daripada abang dan adik.”dia menjawab perlahan.Tertawa kecil bila memikirkan pertanyaan Andrian itu.Namun ada satu perasaan halus yang tidak dapat ditafsirkan saat itu.Rindunya pada Zaidi membuak buak kini.Dah dekat sebulan Zaidi tidak langsung menghubunginya.Dia mula ragu ragu dengan apa yang baru dikatakan pada Andrian.
“Saya ingatkan ada yang istemewa antara kamu berdua.”dia menyoal masih lagi tidak mempamerkan apa apa reaksi.Kelihatan tenang,biarlah.Dia masih tidak mahu memperlihatkan rahsia hatinya.
Kini dia tahu sesuatu tentang gadis itu.Adakah kerana aku ni anak orang kaya dia mengelakkan diri selama ini.Dari kata katanya tentang Zaidi jelas dia menyembunyikan sesuatu.Dia dan Zaidi tak mungkin bersama kerana perbezaan itukah?
“Memang istemewa,abang Zaidi adalah seseorang yang istemewa bagi saya.Satu dalam sejuta.”In menjawab perlahan.Itulah hakikatnya,bagi In,Zaidi adalah lambang seorang lelaki sejati.Yang menjadi pelindung tatkala diperlukan.Yang menjadi tempat dia menumpang kasih.
Andrian hanya menganggukan kepala perlahan,lantas menyambung kembali kerja kerjanya.In pula cepat cepat duduk kembali menghadap komputer,tak mahu nanti di marahi pula.Andrian tu anginnya macam ribut,sekejap selatan sekejap utara. Kerja mereka menjadi serius semula,hilang sudah usikan Andrizal,anak muda itu pun dah mula serius.Mereka semakin kesuntukkan masa.Masa semakin mencemburui mereka.Kertas kerja itu harus dihantar segera.
Tepat pukul lima sekali lagi mereka berhenti seketika.Berehat sambil menikmati kopi panas,begitu menyegarkan.
“Macamana In jaga Ikal dengan Danny tu?Mereka nakal tak?”sekali lagi dia membangkitkan topik mengenai gadis itu.
“Apa maksud awak?”berkerut dahi In mendengar pertanyaan itu,tak habis lagikah dia nak selongkar hidup aku?Dia tertanya sendirian.
“Selalunya diumur sekarang ni ramai gadis yang tidak sukakan komitmen.Mereka lebih senang menikmati hidup yang free dan happy.Lagipun kan kata orang muda hanya sekali.”mendatar kedengaran suara Andrian,seolah olah tidak langsung berminat mahu bercakap,tapi lain pula sebalik hatinya.
“Awak rasa macam tu ke?”In tertawa kecil.Betapa sempitnya fikiran Andrian,gumam In dalam hati.Anak muda itu menganggukan kepala mendengar kata kata In.
“Mungkin bagi mereka tapi tidak bagi saya.Saya sukakan cabaran dalam kehidupan saya. Saya suka lakukan sesuatu untuk menguji hati dan pegangan hidup saya sendiri.Dan bagi saya Ikal dan Danny merupakan satu cabaran yang paling hebat yang pernah saya alami dalam hidup saya.”In bersuara tenang.Menyandar kekerusi seketika,meneguk air untuk menghilangkan rasa sejuk yang melanda.
“Lagi pun kehidupan tanpa komitmen itu adalah satu kehidupan yang membosankan.”
“Apa maksud In tu?Boleh jelaskan?”dia memandang gadis yang sedang menguap.Pelik mendengar kata kata gadis itu.Semua orang mengejar kebebasan dan mengelakkan diri dari memikul tanggungjawab,tapi dia terbalik.Pelik bin ajaib betul!Dia sendiri pun tak sukakan komitmen buat masa ini,kerana dia lebih senang hidup dengan caranya sekarang.Lebih ringkas,tidak perlu terkejar kejar.
“Cuba awak bayangkan,setiap hari melalui satu putaran kehidupan yang sama,pagi kerja,petang balik,malam enjoy.Esoknya kerja,balik,enjoy.Kan boring begitu hari hari. Tak tahulah bagi orang lain,tapi bagi saya.Anak anak itu merupakan satu anugerah yang tidak terhingga.
Walaupun mereka bukan lahir dari diri saya tapi mereka sebahagian dari saya.Kerana kasih sayang saya pada mereka lah,saya ada disini sekarang.Saya suka lalui hari hari bersama mereka.
Bagi saya menghadapi mereka yang masih tidak mengerti apa apa memerlukan satu jati diri yang tinggi.Kesabaran paling penting dalam mendidik anak anak yang masih belum memahami hal dunia.Mungkin sekali dua saya pernah terlanjur memarahi mereka,tapi itulah yang mewarnai kehidupan kami.
Tidak seronok kalau hari hari berlalu tanpa semua itu,gelak tawa dan tangisan merupakan rencah kehidupan yang paling bermakna buat saya.”ujar In panjang lebar.Andrian mengangguk perlahan. Terbayang kehidupan yang dilaluinya selama ini.Selalu juga dia balik dalam keadaan letih,lepas tu malam keluar,balik bila pagi dah mengetuk bumi.
Esoknya dia bangun dan terus ke pejabat semula.Kadangkala bosan juga tiap tiap hari begitu,kalau ada yang lain pun bila keluar sesekali dengan mama dan papa.Tapi itupun setahun sekali agaknya. Selebihnya dia menghabiskan masa melayan kerenah gadis yang berdampingan dengannya.
“Lagipun Rean,siapa kata muda hanya sekali?”dia mengusik nakal.Memandang Andrian yang mengangkat kening tanda tidak faham maksud gadis itu.
“Kan nanti dekat padang mahsyar semua kita akan jadi muda?”In tertawa nakal. Mengusik lelaki itu.
Andrian tersenyum,menampakkan lesung pipi dipipi kirinya.Wajahnya tampak tambah kacak bila tersenyum.Seketika hati In bergetar menatap wajah itu.
“Sempat In kenakan saya ya.”dia memandang gadis yang tertawa riang itu.Seronok rasanya melihat gadis itu tersenyum begitu.Tak rugi menghabiskan malam bersama In. Ada saja yang menghidupkan perbualan mereka.Gadis itu bijak dan pandai menyusun kata.
“Awak nampak menarik kalau dikenakan orang.”In tertawa kecil.Memerhatikan Andrian yang terpaku mendengar kata katanya itu.Dan akhirnya Andrian sendiri ketawa kecil.
“Ewah ewah,seronoknya orang dua orang ni.Dari tadi asyik bergurau senda aje kerjanya. Dah siap ke kerja tu?”Andrizal menghampri kedua mereka.Duduk dihadapan adiknya itu.
“Dahlah long,Rean ni kalau dibantu In tentulah success selalu.”dia tersenyum penuh erti. Duduknya dah diubah,kalau sebelum ni dia lebih relaks kini dia mula menegakkan badan.
“So,In macamana kerja dengan brother abang ni?”dia mengajukan pertanyaan pada gadis itu pula.
“Okey,lagipun adik abang ni boleh jadi cikgu yang baik untuk In.”In menjawab,lagipun dia dah biasa dengan Andrizal tu,sikapnya yang suka mengusik menyenangkan In.Lelaki itu happy go lucky.Selalu aje ketawa tak macam Andrian yang lebih serius kalau bekerja.
“Jadi cikgu aje?Apa kelulusan Andrian ni setakat cukup jadi cikgu aje ke?”dia bertanya,datang idea nakal ingin mengusik pasangan itu.
“Apa maksud abang ni?”dia bertanya,tidak mengerti dengan maksud lelaki itu.
“La,slow lah In ni.Nama aje graduan,tapi lembab.”meledak tawa dari jejaka itu.In dan Andrian berpandangan sesama sendiri.
“Kenapa along ni?Kena rasuk ke?”Andrian memandang abangnya yang ketawa itu.Pelik melihat sikap Andrizal yang tiba tiba bertukar.
“Bukan kena rasuk tapi along tanya In ni,dia tak sudi ke nak jadi keluarga along.”dia mengusik kedua mereka yang nyata tergamam itu.
“So?Em..In macamana?”dia bertanya.Mengangkat kening memandang gadis itu.
“Macamana apa?”dia menyoal,timbul pula idea nak mengenakan Andrizal.
“Jadi sebahagian daripada family abang?”dia mengulangi semula pertanyaannya.
“Tak naklah bang.Lagipun rasa rasanya,nenek In tu tak nak dekat abang lah.Nenek In tu pun dah ada calon.”berderai tawa In dan Andrian.
“Hisyy…In ni.Orang nak kenakan dia,dia balik kenakan kita.”Andrizal turut sama tertawa mendengar kata kata In itu.Andrizal menepuk dahi sendiri.Dia nak kenakan gadis itu tapi dia balik yang terkena.
“La,betul apa In cakap.Lagipun abang kan dah bertunang.Nenek In tak suka runtuh kan hati perempuan lain tau.”dia mengenyitkan mata pada Andrizal.Pantas dia bangun meminta diri ingin ketandas.Sambil bibir masih tersemai senyuman.Kelakar pula rasanya melihat Andrizal dikenakannya begitu.Itulah pandai pandai nak kenakan orang.
“Betulkan tanggapan along.Rean sukakan In.”Andrizal memandang adiknya itu.Dia bersuara setelah yakin tiada siapa yang mendengar kata kata mereka saat itu.
“Sejak bila along jadi tukang telek ni?”dia tenang mendengar kata kata alongnya itu.
“Alah,jangan nak sembunyi.Along dapat baca tau.”dia tersenyum.
“Tapi rasanya In tu susahlah long.”dia bersuara perlahan.Sekali gus membuka rahsia hati.
“Apa yang susah.Kalau selama ni kau dipikat perempuan,kali kau pula yang memikat. Lagi pun In tu budak baik tau.Along tengok Zaidi tu berkenan dekat dia.Tapi,along tak tahulah kot kot dia dah ada orang lain ke?”dia menambahkan bebanan perasaan pada Andrian.
Sengaja dia berbuat begitu.Mahu adiknya itu bertindak cepat sebelum terlambat. Gusar juga melihat Zaidi yang seolah meminati gadis itu.Jangan kata nak tunggu,kalau setakat tengok dia punya senyum aje dah boleh baca.Senyum dia semacam aje bila sebut nama In.Itu belum budak tu ada depan mata dia.
“Rean yakin In akan jadi milik Rean satu hari nanti.Lagipun dia yang buka berjaya ketuk pintu hati Rean ni.”dia bersuara tanpa sedar.Penuh keyakinan dia bersuara.
“Baguslah,macam tulah adik along.Along doakan semoga jodoh In dan Rean cepat datang.Kalau boleh kita sanding sekali lah nanti.”dia mengusik.Terhambur tawa mereka berdua,namun cepat cepat Andrizal memberikan isyarat bila In mula mendekati mereka.
“Apa yang seronok sangat ni?”dia memandang kedua jejaka itu.
“Tak ada apa.Hal orang lelaki.”Andrizal menjawab.
“Hal orang lelaki?Mengumpat lah tu.”tanpa usul In menuduh,selebihnya dia hanya mengusik mereka.
“Alah kalau mengumpat pun bukan siapa In.Keluarga juga.”Andrizal bersuara disulami tawa,kali ini disertai Andrian.Tawa mereka penuh rahsia,In sekadar menjadi pemerhati. Mengelengkan kepala seketika kemudian.
“Okeylah,teruskan lah berdating tu.Along minta diri dulu.Lagipun dah nak pagi dah ni. Karang kerja tu tak siap pulak.Budak budak tu bukannya boleh harap sangat.”Andrizal bangkit bangun sempat mengusik sebelum berlalu pergi.
“Bye long.Thanks.”Andrian cuma memerhatikan saja alongnya turun.
“Banyak lagi ke yang tak siap?”In menyoal.Memecah kesunyian antara mereka.
“Tak banyak lagi.Cuma nak siapkan draf aje.Kita punya pun dah tinggal sikit lagi.In cuma perlu taip lima muka lagi.Lepas tu habislah.”Andrian menjawab pertanyaan gadis itu.
“Oo..”In mengangguk.Sedang memikirkan pula rancangannya untuk pulang ke Segamat. Rindu yang mengamit menyebabkan dia menolak ketepi kepenatan yang melanda.
Cepat dia menyambar kertas yang dihulurkan Andrian.Pantas kemudian bunyi ketukan jari jemarinya kedengan pada papan kekunci.
“Mana bos In tu?”Andrizal bertanya memandang gadis yang sedang bersiap siap nak pulang itu.
“Encik Andrian ada dalam biliknya,Encik Rizal.”dia menjawab sambil dihiasi senyuman, walaupun jelas keletihan dia masih mampu mengukir senyum.
“Alah,In ni kan biasa panggil abang Rizal.Ini siap berencik encik pula.”dia mengerutkan dahi kurang senang dengan panggilan gadis itu.Kan elok kalau panggil aku macam masa dikampung dulu.
“Kan sekarang ni office hour,nanti apa pula kata staff lain.”dia kemudian mengemas meja yang sedikit berserabut.Tiba tiba tangan mencapai kot milik Andrian.
“Eh,kot Rean kan tu.”Andrizal terlebih dahulu bersuara.
“Ak ah,semalam dia lupa nak ambil,”In menyerahkan kot lembut itu pada Andrizaal.
“Nak balik dah ke?”dia masih lagi berdiri didepan gadis itu.
“Ak ah,In terus nak balik kampung ni.”
“Hai,tak letihkah?Buat apa balik kampung?Ooo…ada orang datang meminangkah?”dia mengusik.Walaupun mata tersangatlah mengantuk masih ada idea untuk mengusik gadis itu.
“Encik ni mengarut aje lah.Siapalah yang nak In ni.Ikal demam,kata mak jatuh pokok.Itu yang In nak balik sekejap ni.”dia kemudiannya berlalu meminta diri.Langkah dipercepat -kan menuju ke luar bangunan.
Berkali kali menguap,namun tidak menghalang In untuk terus melangkah.Dia takut nanti tak sempat ambil tiket pulang ke kampung.Tak pun takut nanti bas terlepas pula.Berhati hati dia melintasi jalan besar itu.Duduk diperhentian bus. Sabar dia menantikan bas datang untuk membawanya ke pudu raya.
Mata meliar memerhatikan kereta Andrizal menjalar keluar dari bangunan besar yang tersergam indah itu.Terasa betapa kerdilnya dirinya saat itu.Kemudian kelihatan pula mercedes biru keluar mengekori kereta Andrizal.
Untungnya jadi anak orang kaya ni, walaupun kerja sama,tinggal serumah pulak tu masa kerja sama tapi masih nak naik kereta sorang satu.Apasalahnya kalau kongsi kereta,kan lebih jimat.Tapi kan dia orang banyak duit,tak payah jimat pun tak apa.Nak buat apa duit banyak kalau disimpan, bukannya habis makan pun.In mengomel sendirian.Betapa jauhnya perbezaan mereka dengan dirinya.Andrian dan Andrizal anak orang kaya yang dah biasa dikelilingi kemewahan,begitu juga abang Zaidi.
Aku pula hanya seorang gadis yang sederhana. Sekurang kurangnya In bersyukur dikurniakan ibu yang penyayang dan sepasang cahaya mata yang menawan.Walaupun mereka bukan anak kandungnya tapi darah yang mengalir dalam tubuh pasangan kembar itu adalah miliknya jua.
Bukankah kak long tu kakak ku? Dia tersenyum seketika kemudian,terkenangkan gelagat pasangan kembar itu,begitu mencuit hati wanitanya.
Lamunannya terhenti bila kedengaran hon kereta.Cepat cepat dia tersedar,terkejut pula bila melihat mercedes biru sedang tersadai di hadapannya.Eh,kan rumah dia tak lalu sini. Mamat ni nak kemana pula?
“In,marilah saya hantarkan.”Andrian menurunkan cermin kereta.Memanggil gadis itu.
“Hah?Er,tak apalah.Lagipun jalan tak sama,saya nak terus ke pudu.”dia memberitahu, takut Andrian tersilap.Kalau aku nak balik apartment tu memanglah sama jalan dengan dia,tapi aku nak kepudu,menyusahkan dia aje.
“Tak apalah.Cepatlah,tak boleh parking lama lama kat sini.”dia mengesa gadis itu. Sengaja mencari alasan,selebihnya dia tidak mahu gadis itu menolak pelawaanya.
“Tapi….”dia serba salah.
“Please,”seakan memujuk suara anak muda itu.Pintu kereta mewah itu telah dibukanya. Mengharapkan agar gadis itu sudi masuk.
In terpaksa juga masuk keperut kereta bila kedengaran hon bertalu talu dari belakang. Kelihatan dua buah kereta sedang berhenti dibelakang kereta mercedes itu.
“In tak nak balik kerumah dulukah?”dia bertanya,memandang gadis itu.Bibir mengukir nipis sebuah senyuman.
“Tak apalah,lagipun takut nanti tak sempat beli tiket.”dia mengelengkan kepala.
“Biar saya hantar In balik ajelah ya.”dia bersuara tenang,mata masih tertumpu pada jalan raya.
“Eh..tak payahlah!”In menjerit kecil.Dia ni demam ke?Segamat tu bukannya dekat, makan masa dua tiga jam.
“Awak turunkah saya di bus stop depan aje pun tak kisah.”In bersuara memandang anak muda yang masih tidak mempamerkan apa apa reaksi.
“No,saya hantar In terus ke Segamat.”dia menekan minyak,kereta terus membelah jalan raya memasuki lebuhraya ke selatan tanah air.
“Tolong jangan buat saya macam ni.Tak payah susahkan diri awak.Lagipun saya tahu kita sama sama penat.Semalaman tak tidur tentu awak letih.Please,jangan buat macam ni.”dia mengelengkan kepala,mengharapkan anak muda itu bertukar fikiran.Bukannya aku tak sudi tapi aku takut aku yang termakan budi.
“In, suka atau tidak saya tetap akan hantar awak balik terus ke kampung. Lagipun sekarang ni saya yang bawa kereta,dan awak pula duduk situ.”dia tertawa kecil.
Mata menangkap wajah gadis itu yang panjang sedepa.
Satu permulaan baik!Selama ni, In merajuk dengan Zaidi aje.Tapi hari ni dia merajuk dengan aku!Mmm…a good beginning!
Keadaan dingin beberapa ketika.In masih tidak mahu bersuara,dia mendiamkan diri. Beku!Lagu lagu dari corong radio kedengaran memenuhi ruang sunyi antara mereka.
“Masih marah lagi kah?”dia bertanya,memecahkan keheningan dan kedinginan suasana. Mata menjeling kearah gadis itu.Tak pernah melihat gadis itu marah.
“Awak rasa.”In menjawab perlahan.
“Okey,saya mengaku salah.Tapi salah ke kalau saya tolong awak,as a friend apa salahnya.”dia masih tenang ,terus memandu ke destinasi.
“Sebagai kawanlah,saya tak mahu menyusahkan awak.Apa gunanya kawan kalau susahkan kawannya sendiri.Bukan saya marahkan awak tapi saya tak nak nanti terhutang budi.”dia menjawab,takut nanti anak muda itu salah tafsirkan kata katanya.
“Kenapa pula?”terpacul soalan dari mulut anak muda itu.
“Awak pernah dengar tak,kalau termakan budi terlalu banyak takut nanti memakan diri.” dia bersuara perlahan.
“Tapi saya tak pernah minta balasan dari awak pun.”dia tertawa kecil,kalau aku nak mintak balasan pun bukannya susah sangat,senang aje kawin dengan aku.Dia tertawa lagi,melepaskan ketegangan yang bertamu dan menghalau rasa ,mengantuk yang menganggu.Namun tiap kali melihatkan gadis itu mengukir senyuman manis membuat -kan dia bersemangat semula.Staminanya kembali bila melihat gadis itu tertawa riang. Jatuh cintakah aku?
“Sebab saya tahu awak tolong saya pasal saya ni sepupu abang Di kan.”ujar In.Dia tahu Andrian membantunya kerana dia sepupu Zaidi.Lagi pun mereka tu kawan baik.
“Macamana kalau saya kata kan ia tak ada kena mengena dengan Zaidi?”Andrian bersuara,ingin menguji gadis itu.
“Kenapa pula tak kena mengena dengan abang Zaidi?”dia mengerutkan kening, memandang anak muda disebelah.Walaupun mata mengantuk tapi perbincangan mereka itu menarik minatnya.
“Sebab memang tak ada kaitan dengan Zaidi.Kalau awak bukan sepupu Zaidi pun,saya akan hantar awak balik.Lagipun kereta saya ni banyak ruangnya.”
“Kalau macam tu kenapa tak hantar mereka yang lain balik.Kereta awak kan besar.”In tidak mahu mengalah.
Tiba tiba Andrian tertawa.Ledakan tawanya begitu ketara.
“Betul cakap Zaidi kan,awak takkan kalah kalau berbahas.”dia mengusik.Senang mendengar kata kata gadis itu.Penuh tipu muslihat dan isi yang bernas.
“Hello,”In tersenyum menjawab panggilan telefon itu.Andrian sekadar memerhatikan saja gelagat gadis itu.Zaidi kah?Hati diserang debaran.Senyuman manis In membuatkan dia semakin tertanya tanya.
“Eh,kejap lagi mama In balik.Dah nak sampai dah ni.”dia melayani kerenah Ikal yang becok bertanya.
Si kembar itu!Lega,Andrian mula mengukir senyum,sengaja disembunyikan senyum itu dari di lihat In.
“Mama,balik dengan kawan,naik apa?”In tertawa kecil.“Naik keretalah.Cuba Ikal teka mama balik dengan siapa?”dia pula mengusik anak itu.
“Bukan,mama bukan balik dengan uncle Zaidi.”In mengelengkan kepala.
“Kalau Ikal nak tahu,tunggu mama balik.Okey,dah dulu ya,pesan nenek nanti mama sampai kejap lagi.”
Andrian masih leka memandu,sesekali mata memandang sekilas kearah gadis itu.
“Okey,kirim salam dengan nenek.Sayang!Kirim salam sayang mama pada nenek dan Danny,ok.”
“Ikal ke?”dia sekadar bertanya.
“Ak ah,sibuk benar.Katanya demam tapi bukan main lagi ligatnya.”dia mengelengkan kepala,teringat telatah lucu anak itu.
“Kenapa tak bawa mereka tinggal bersama?”
“Susah,lagi pun mak tak nak tinggalkan kampung.Dia sayangkan rumah arwah tu.Nanti
kalau saya bawa budak budak tu sunyi pula mak.”wajah gadis itu mula merudum mendung.Jelas kelihatan kesedihan yang bertamu.
“Bila ayah In meninggal?”dia bertanya lagi.Ingin mengetahui latar belakang gadis itu.
“Dah dekat tujuh tahun dah.Setahun sebelum kak long saya pergi.”dia mula didatangi air mata.Kenangan bersama ayah dan kak long tersayang bernari nari didepan mata. Rindunya bercambah mekar.Cepat cepat dipalingkan muka keluar,menghapuskan kesan air mata yang mula mengalir.Tidak mahu menangis didepan teman yang baru dikenalinya itu.
Andrian diserang rasa bersalah,silap aku kah?Lancang sangatkah mulut aku ni?Dia menjeling kearah In yang kelihatan mengesat mutiara yang mula jatuh satu satu itu. Gadis itu kemudianya melemparkan senyuman padanya,meyembunyikan duka yang bertamu.
“Awak tak mengantuk kah?Kalau mengantuk saya boleh ganti.”dia bertanya.Kesian pula melihat anak muda itu.Wajah keletihan namun masih ada keceriaan yang terpancar dari wajah kacak itu.
“No,it’s okey for me.”dia mengangguk kali ini tidak langsung melihat kearah In,bukan apa otaknya masih menganalisa siapa gadis itu sebenarnya.Walaupun zahirnya kelihatan kuat namun,bak kata orang don’t judge the book from it’s cover.
“Mama In!”Haikal dan Danial menjerit serentak bila melihat In sedang duduk memerhatikan mereka dari tingkap kayu itu.Andrian turut sama memandang kearah gadis itu.
In pula memerhatikan gelagat mereka bertiga,kelihatan begitu mesra sekali.Walaupun baru ketemu tapi keakraban antara mereka sukar nak dinafikan.Dia tenang dan damai melihat anak anak itu bergembira begitu.
Jarang sekali mereka menikmati kasih insan bergelar lelaki,jika selama ni ada Zaidi,tapi kini jarang sekali anak muda itu dapat menghabiskan masa bersama pasangan kembar itu kerna sering diburu kesibukkan kerja. Dia turut sama tergelak bila melihat Danial terkekek diusik Andrian,entah apa yang mencuit hati anak itu.
Andrian tidak sedikit pun kekok melayani kerenah mereka,malahan anak muda itu tidak banyak soal bila In menghulurkan baju arwah abang iparnya.Dia menyarung terus ke tubuhnya.Malahan sesekali dia bagai hanyut dalam khayalan,melihatkan mereka bagai sebuah keluarga bahagia yang riang menikmati hidup bersama tanpa dibelenggu realiti hidup yang seringkali menguji manusia.
“Seronokkan Ikal dan Danny tu.”Puan Zainon menghampiri anak itu,duduk disebelah In.
“Dah lama tak ada orang main dengan mereka mak.Lagipun abang Zaidi pun jarang jenguk diaorang.Dia sibuk sekarang ni.”dia menganggukan kepala,menyetujui kata kata ibu tuanya itu.
“Mak rasa Rean tu suka dengan budak budak kan.”
“Ak ah,agaknya lah.Lagipun anak orang kaya mak,sesekali dapat rasa hidup kampung tentu seronok.”dia bangun,menguis sehelai dua anak rambut yang jatuh kedahi.Pertama kali Andrian melihat dia menanggalkan tudung anak muda itu tersenyum simpul.Mata lembutnya menusuk kalbu,pandangannya bagai mengugat tembok yang dibina In.Namun dia tidak dapat mentafsirkan rahsia disebalik renungan itu.
“In pula bagaimana?”dia bertanya tiba tiba.Hati tuanya mula memasang angan angan.
Ingin benar melihat anak itu berpasangan.
“Apa maksud mak?”dia tersentak mendengar pertanyaan yang tidak terduga itu.Terkejut mendengar pertanyaan ibunya itu.
“Rean tu baik budaknya.Dia dengan In ada apa apa kah?Sampai sanggup hantar In pulang kerumah,walaupun penat semalaman dipejabat tu?”
“Ah,mak.Rean tu memang baik dengan semua orang.Lagipun dia saja nak ikut In balik,nak release tension.Penat sangat bekerja tu.”dia tertawa kecil,selebihnya menyembunyikan perasaan hati.Bentuk hatinya tidak mahu diperlihatkan pada ibu nya itu.Dalam diam hatinya terusik dengan kehadiran anak muda itu,tapi perasaannya pada Zaidi bagai menutupinya.
“Tapi mak rasa….”dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan anak itu.Hatinya yakin dan pasti Andrian menyimpan sesuatu.Renungannya pertama kali melihat rambut panjang In saja sudah cukup menyelesaikan segala pertanyaannya.Hatinya yakin ada yang disembunyikan anak gadisnya itu.
“Mak,kan In dah cakap.Rean dah ada girlfriend.Dia tu anak orang kaya mak.Sekali petik beribu yang datang.Takkan lah dia nak pandang In ni.Ramai lagi anak orang kaya kaya yang tunggu dia.”dia memeluk ibunya.
Tidak mahu ibunya menyimpan angan angan yang tinggi mengunung sedangkan antara mereka memang tak ada apa apa.Segala gala yang ada pada anak muda itu menakutkan In.Dia tidak seperti kebanyakkan gadis yang jatuh hati pada wajah kacak itu.
Tidak!Dia tidak seperti wanita lain yang tertawan dengan kemewahan dan kekayaan anak muda itu.Tidak!In takutkan semua itu.Ketampanan wajah itu,kekayaan yang dimiliki Andrian,malahan segala gala milik Andrian menakutkannya. Lagipun hatinya kini rasanya bukan miliknya lagi.Dimiliki seseorang,In mengeluh. Teringat sesuatu seketika. Zaidi!Betapa kini dia mulai mengaku dia rindukan Zaidi. Sebulan tanpa kabar cukup menjadikan dia sakit menanggung rindu.
“Mak malas nak bertekak dengan In lagi.Dahlah tu,panggil Rean.Dari tadi asyik melayan Ikal dan Danny aje.Biarlah dia tidur sekejap,tentu dia letih.Malam nanti kamu nak balik kesana semula.”dia mengarahkan anak itu.Tahu sangat sikap In yang degil.Hitam katanya maka hitamlah jadinya.Tak ada kelabu ke perang ke.Tak,akan tetap hitam jugalah jawapannya.
“Rean,mak suruh naik.Dia minta awak tidur dulu.”dia mendekati Andrian yang leka memerhatikan keindahan sawah padi yang terbentang luas.Danial dan Haikal pula dibiarkan bermain dianak sungai yang mengalir lesu.
Dia mengalihkan pandangan pada gadis itu.Tersenyum,dan berpaling kembali kepada sawah.Betapa indahnya menikmati pemandangan ciptaan Tuhan.Mata menangkap sepasang burung yang berkicauan keriangan dibatas didepannya.Semua benda hidup diciptakan berpasangan.
Sedangkan binatang pun punya pasangan,apatahlagi manusia. Betapa besarnya kuasa Tuhan,bak kata orang walaupun asam didarat,ikan dilaut dalam kuali bertemu jua.
Pelikkan kehidupan ini?Walau jauh beribu batu,kalau sudah tertulis takdir sejak azali tak kira walau hujung dunia sekali pun pasti akan ketemu jua.Tiba tiba dia terkenangkan pertemuan pertama dengan In.
Walau jauh beribu batu pasti ketemu jua!Dia tersenyum,mungkinkah gadis manis ini pasangan yang diciptakan Tuhan buat ku?Pasangan yang telah tertulis sejak azali lagi?Dia memandang In yang juga rupa rupanya sedang memerhatikannya.
“Apa yang lucu sangat tu?”In memandang Andrian.Hairan melihat anak muda itu tersenyum sendirian.Kelakar apakah yang mencuit hatinya?
Dia diburu pertanyaan.Dahlah aku tanya dia senyum.Ini senyum lagi.Dia ni dah kena mabuk senyum ke,ataupun dah terlampau banyak sangat senyuman dia.Selalu tu kat ofis jangan kata nak tengok dia senyum nak tengok gigi dia pun punyalah susah,mengalahkan nak tengok berlian dalam perut gajah!In mengomel sendirian.
Kadangkala pelik melihatkan kelakuan Andrian tu. Dalam pada orang lain sibuk melawak dia serius,orang sibuk kelam kabut dia boleh relaks aje.Orang gelabah dia tenang aje.Dia tu macam tak ada feeling!
“Tak ada apa apa?In cakap apa tadi?”dia berbalik menyoal gadis itu.
“Mak suruh awak naik berehat,dia suruh awak baring baring sekejap.”dia bersuara, memandang anak muda itu dari ekor matanya.Dia berangan ke masa aku cakap tadi?Dah tu yang dia senyum senyum sorang sorang tu kenapa?In mengaru kepala yang tak gatal. Pelik betullah mamat ni.
“Baiklah.”Andrian mengangguk pantas,mata pun dah terasa berat semacam aje.Tadi sebaik saja sampai mereka mandi dan terus sarapan pagi.Terkejut orang tua tu menerima kedatangannya.Tapi Haikal dan Danial berlari kegembiraan bila melihat dirinya.Sebaik saja nampak dirinya Haikal dan Danial memeluknya mesra.
“Ikal,Danny!Jom ikut uncle tidur.”Andrian menjerit memanggil mereka berdua.Selamba aje bila melihat In membeliakkan mata melihatnya.Dia cuma tersenyum.
“Mama,marilah naik.”si kecil Haikal petah berbicara.Memanggil In yang masih disitu.
“Mama marilah!”Danial pula memanggil In.